Tuesday 28 August 2012

penamaya 48 ~ kering walau basah..

Bismillahirrahmanirrahimm..

Hati ini kering walau basah..
walau sarat dengan darah..
walau kaya dengan vitamin segala..
Namun ia tetap kembali kering..

Kering dek hasutan saitan..
Kering dek tangisan yang tiada makna..
Kering dek kehausan kasih sayang sejagat serata dunia..
Kering dek tidak pernah terisi dengan ilmu dan amal kepada-Nya..

Bagaimana?
Kenapa?
Jawab kan untuk aku?

penamaya 47 ~ Syawal 2012

Bismillahirrahmanirrahim..


Ramadhan surut..
sepantas angin yang membawa kilauan emas permata..
Hadir syawal..
Kehangatan kian membara..
Menuju ke pengakhiran..
Yang semakin menit waktu senja..
Aku rindu saat ramadhan itu..
Aku rindu juga syawal yang kian berakhir..

Aduhai..
Semoga aku mampu merasa nikmat ini lagi..

Monday 13 August 2012

penamaya 46 ~ RamaDhan 2012

Bismillahirrahmanirrahim..



Bulan mulia,
Bulan syurgawi,
Bulan ukhrawi,
Bulan yang dinanti,
Namun,
Tak reti-reti,
Nak ubah diri,
Jadi manusia sejati,
Apa nak jadi????
Bercita-cita mahu membakar diri?
Dalam neraka jahanam nanti?
Sedar diri..
Sebelum Izrail angkat diri pergi..
Gerun dan amati..
kekurangan diri,
kelemahan hati,
Supaya selalu ingat mati..