Saturday 26 November 2011

penamaya 41 ~ geram!

Bismillahirrahmanirrahim..





Ikot Setan mati,
tapi ikot kata hati yang ada setan lagi mati,
rasa nak berapi lagi....

Friday 25 November 2011

penamaya 40 ~ mungkin aku begitu

Bismillahirrahmanirrahim..





Terlalu banyak bicara. 
Terlalu ambil kisah
kesemuanya dibuat untuk orang lain..
Tetatpi mungkin tidak semua manusia menyukai nya.
berdiam mungkin itu jawapan..

Thursday 17 November 2011

penamaya 39 ~ pengawal hatiku

Bismillahirrahmanirrahim..





"Kau tahu kan, hati ni bisu! Tolong! jangan paksa hati aku menengking kau. Nanti hati kau sendiri yang parah diamuk dengan api lagi jelaga sudah mampu membuatkan kamu basah dengan air mata," bisikan sayu tetapi penuh amarah sekian menodai  jiwa Am..

Sudah lama Am menyimpan kalimah cinta yang terpaut agung disanubarinya hanya untuk Nurani, tetapi akhirnya merembes dengan derasnya, sederas air mata Nurani yang belum mahu berkata apa-apa dengan tingkah Am yang mendiamkan diri sejak pertemuan mereka petang tadi.

"Am, aku tidak tahu apa salah aku, bukan kah patut kau luahkan segalanya sejak dari rasa itu mula berkembang di hati mu, bukannya hari ini. Hari pernikahan aku Am! " luahan Nurani yang ditemani air mata yang makin hebat meluncur laju..

Am menunduk lalu bingkas bangun seolah mahu meninggalkan Nurani dari esakan deras itu. "Bukan aku tidak mahu Nur, tapi aku tahu, aku hanya mampu meraih jambangan cinta mu hanya memadai di luar pintu hati mu, bukan di dalam hati mu. Aku tahu, dia sememangnya berjaya merangkul kemas seluruh pelusuk hati mu. Biarlah cinta itu hanya menunggu di luar pintu hati mu, asal dia tidak berganjak dari kedudukannya. Selamat tinggal Nur," makin laju langkah Am meninggalkan Nurani dengan kata terakhirnya itu..

Sungguh cinta itu tidak bermaksud meragut seluruh hati itu, memadai, hanya diluar pintu, memastikan ia menjadi pengawal yang tegar, agar hati itu selamat dalam jagaan-Nya..

Thursday 10 November 2011

penamaya 38 ~ sepi sekian lama

Bismillahirrahmanirrahim..




Sunyi. Sepi lagi hati ini. Kerana sepi yang lalu? Sepi kerana menanggung sunyi yang lalu yang tidak pernah lenyap sehingga kini. Aku tidak tahu kemana perginya jiwa ku yang sebenarnya itu. Hakikatnya, ia makin hilang di mamah usia yang makin meninggi meninggalkan keuzuran bumi.

"ina, tak payah la susah hati na. Biarlah, lepas ina dapat kerja nanti, senang la nanti ye."

Menunggu hari itu, untuk keluar dari rasa sunyi yang bertapak sekian lamanya. Ibu, nanti ina bawa ibu keluar dari sini ya. Sayang ibu.!

Monday 7 November 2011

penamaya 37 ~ apa yang harus aku buat..

Bismillahirrahmanirrahim..






yang sorang kesana
yang sorang ke sini..

kekadang susah untuk menghadapm perasaan dan tindak balas apa yang manusia lain itu sedang lakukan. Puas sudah diperah otak ini, mencungkin mana yang termampu, untuk memperbaiki apa yang mampu di lenyapkan di keributan yang sana dan sini..

Tetapi aku? hanya tersepit di tengah-tengah. Sedih melihat yang sana sedang menangsi terhimpit rasa bersalah. Sedih juga melihat yang sini , sedang memendam segala kelesuan yang sedang bermain di fasa yang aku sendiri tak mampu untuk menganalisisnya.

Bolehkah seseorang keluar dari fasa ini, berterus terang dengan diri ni, apa yang harus aku buat? aku bisu. pekak. tuli. semua sekali. Tuhan, hantar  aku malaikat yang mampu melepaskan aku dalam kesesakan yang bergelombang dengan megahnya di dada ini..

aku tidak mampu.. maaf!

Sunday 6 November 2011

penamaya 36 ~ sakit

Bismillahirrahmanirrahim..




mungkin ini balasan dosa hitam ku..
telanlah makanan bagai lahar menjalar di lohong tekak mu..
pasrah..