Tuesday 28 August 2012

penamaya 48 ~ kering walau basah..

Bismillahirrahmanirrahimm..

Hati ini kering walau basah..
walau sarat dengan darah..
walau kaya dengan vitamin segala..
Namun ia tetap kembali kering..

Kering dek hasutan saitan..
Kering dek tangisan yang tiada makna..
Kering dek kehausan kasih sayang sejagat serata dunia..
Kering dek tidak pernah terisi dengan ilmu dan amal kepada-Nya..

Bagaimana?
Kenapa?
Jawab kan untuk aku?

penamaya 47 ~ Syawal 2012

Bismillahirrahmanirrahim..


Ramadhan surut..
sepantas angin yang membawa kilauan emas permata..
Hadir syawal..
Kehangatan kian membara..
Menuju ke pengakhiran..
Yang semakin menit waktu senja..
Aku rindu saat ramadhan itu..
Aku rindu juga syawal yang kian berakhir..

Aduhai..
Semoga aku mampu merasa nikmat ini lagi..

Monday 13 August 2012

penamaya 46 ~ RamaDhan 2012

Bismillahirrahmanirrahim..



Bulan mulia,
Bulan syurgawi,
Bulan ukhrawi,
Bulan yang dinanti,
Namun,
Tak reti-reti,
Nak ubah diri,
Jadi manusia sejati,
Apa nak jadi????
Bercita-cita mahu membakar diri?
Dalam neraka jahanam nanti?
Sedar diri..
Sebelum Izrail angkat diri pergi..
Gerun dan amati..
kekurangan diri,
kelemahan hati,
Supaya selalu ingat mati..

Wednesday 27 June 2012

penamaya 45 ~ aku dianaktirikan

Bismillahirrahmanirrahim..




Lama sudah tidak bersama kan?
Selalu dianak tirikan..
Maaf sayang,
tidak bermaksud untuk sedemikian rupa..
Aku kini memahami keadaan mu..

Kini,
Aku juga dianaktirikan..
Terdiam tanpa kata,
Ingin dilontar seluruh kata,
Namun hanya mampu mencair di rongga tekak
Tidak pula di liang udara..

Sungguh mudah bicara tanpa perlakuannya..

Wednesday 4 January 2012

penamaya 44 ~ selamat

Bismillahirrahmanirrahim..




sebelum terlambat sekian hari lagi,
selamat tahun baru!
selamat!
selamat!
selamat!

Engkau?
kadang-kadang merasakan diri selamat,
kadang-kadang terbengkalai di situ sahaja,
Penat?

Sudah berhempas lamanya menyimpan penat jauh dari hati,
sedar diri,
hidup hanya sementara,
tiada istilah penat seharusnya dalam hidup..

Sunyi?
kadang-kadang.
Aku perlu sunyi untuk aku tahu isi hatinya,
tetapi begitu sukar untuk merasainya,
mungkin aku bukan selayaknya..