Friday 30 September 2011

penamaya #11~ kenapa kalau aku berkata?

Bismillahirrahmanirrahim..


salahkah hati kalau ingin terus berbicara
salahkah?

hati dijadikan untuk memandu kata
bergabung tenaga bersama cahaya si akal

aku mahu terus berkata
tapi masih ada yang tidak menerima

sudah hakikatnya kejadiaan Dia itu
tidak pernah puas

biarkan
biarkan
aku terus mahu berkata
selagi masih dipinjamkan kata dari Dia..

penamaya #10~ penamaya cinta murabbi 2

Bismillahirrahmanirrahim...



kini penamaya murabbi
berwajah dua
assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera..
izinkan saya menyambung penamaya murabbi ini
selaku pena yang ke-2
bersama kita merungkai kembali kisah-kisah
cintakan Dia
lebih dari segala-Nya ~
insyaAllah..

penamaya #9 ~ bertemu kembali

Bismillahirrahmanirrahim...



sudah lama tidak ketemu ruang pena ini
kembali setelah selesai dari urusan dunia
kini kembali untuk urusan dunia juga
dunia maya~
selamat kembali
penamaya murrabi~

Friday 16 September 2011

penamaya #8 ~ seLamaT hari Lahir sayang ku!

Bismillahirrahmanirrahim..



54 tahun bernaung aku dan hati yang lain di sini
54 tahun walau mata belom ketemu perwiranya
54 tahun masih terasa bayu damaimu
54 tahun aku cinta akan mu
dan terus cinta!
selamat hari lahir malaysia ku!

Sunday 11 September 2011

penamaya #7~ tebing biru

Bismillahirrahmanirrahim..



aku selalu menunggu di tebing biru itu
untuk menjadi sesuatu yang tenang bagai awan biru
mungkin belum tewat bagi ku,
mencipta sesuatu yang baru
meskipun aku tahu, hati ini, tidak mahu berlagu rindu
hanya berlagu menahan sendu
tebing biru
menjadikan aku terpana melihat kecantikan-Mu
menjadikan aku layu di balik keagungan-Mu
menjadikan hatiku sering kali getar menahan pilu
menahan pilu kerana takut akan-Mu

tuhanku...
yang menciptakan tebing biru
masihkah ada ruang untuk ku
mencari cinta yang satu
mencari makna tirai syurga mu

tuhanku....

penamaya #6~ berdetak lebat

BIsmillahirrahmanirrahim



hanya 2 jam lagi
meniti di usia yang baru
moga semangat jasad mu
menjadi jitu
walau berkabung di dalam batu..

penamaYa #5 ~ hati oh hati

Bismillahirrahmanirrahim..


mungkin hati selalu menangis
dikala sebabris gigi tertonjol nyata
mungkin hati selalu menggila
walau dikala bersalam padu merebut sayang dari taulan
mungkin hati sangat kejam
kerana selalu menangis
dan menangis
dan menangis
tanpa henti
kerana hati tidak pernah menipu pemiliknya..

penamaYa #4 ~ kekaL dihati walau dicaci

Bismillahirrahmanirrahim..




penat..
kaku
pilu


penat bukan mengeluh tapi penat melihat dihina
kaku bukan lesu tapi lemah itu manusia
pilu bukan sayu tapi gagah nya air mata itu..

Friday 9 September 2011

penamaya #3 ~ ku reLaKan kau perGi

Bismillahirrahmanirrahim..


semalam..
lagi kau membisiikkan kepada ku..
membisikkan lagi kata hati mu..
kata yang aku sendiri ingin kata kan sejak dulu..
kata yang sungguh syahdu...
membuatkan air mata ku mengalir deras laju membisu
aku tahu
kau juga tahu...
tidak mengapa..aku rela..
aku rela tanpa aku sedari
walau mungkin membuatkan aku bersepi dengan diri ini..
kerana apa aku rela
kerana kau lebihkan cinta Dia..
Kerna kau tidak lupakan Dia dalam cinta fana ini..
Sungguh aku rela..
Pergilah kau mencari Dia yang hakiki...

Thursday 8 September 2011

penamaya #2 ~ HuJaN baYu

Bismillahirrahmanirrahim..


Hujann
dan hujan
kian membasahi bumi di bawah bayu ini
bagaikan sesak didada tiada lagi mampu menampung
bagaikan menangisi kepulangan rindu yang digalang silih berganti

Hujan lagi
terus memekarkan segenap rasa subur di bumi
merendahkan jiwa rasa yang sepi kian senak di langit ini
sungguh makin resah
makin gelora langit Ilahi
menurunkan cinta dan sayangnya kepada Bumi
awas
cinta dua makna
cinta Ilahi
cinta duniawi...

penamaYa #1 ~ taa'rUF cinTa

Bismillahirrahmanirrahim..




dengan Nama Tuhan..yang Agung ini
ku Mulakan tinta penaMaya cinta Ilahi ini
moga menjadi santapan Jiwa rohani..
insyaAllah...