Sunday 11 September 2011

penamaya #7~ tebing biru

Bismillahirrahmanirrahim..



aku selalu menunggu di tebing biru itu
untuk menjadi sesuatu yang tenang bagai awan biru
mungkin belum tewat bagi ku,
mencipta sesuatu yang baru
meskipun aku tahu, hati ini, tidak mahu berlagu rindu
hanya berlagu menahan sendu
tebing biru
menjadikan aku terpana melihat kecantikan-Mu
menjadikan aku layu di balik keagungan-Mu
menjadikan hatiku sering kali getar menahan pilu
menahan pilu kerana takut akan-Mu

tuhanku...
yang menciptakan tebing biru
masihkah ada ruang untuk ku
mencari cinta yang satu
mencari makna tirai syurga mu

tuhanku....

2 comments:

Bidadari Syurga said...

sebagai pengembara... kamu harus faham tujuan hidup kamu di dunia... makanya syurga adalah untuk mereka yang ikhlas terus dari DIA. Keikhlasan tu tidak boleh diukur dengan lidah... Hanya DIA... semoga kamu jumpa ok....

p/s: embun...

~Kenanga Suchi~ said...

kamu pasti bisa ketemu
apa saja yang DIA mahu