Monday, 7 November 2011

penamaya 37 ~ apa yang harus aku buat..

Bismillahirrahmanirrahim..






yang sorang kesana
yang sorang ke sini..

kekadang susah untuk menghadapm perasaan dan tindak balas apa yang manusia lain itu sedang lakukan. Puas sudah diperah otak ini, mencungkin mana yang termampu, untuk memperbaiki apa yang mampu di lenyapkan di keributan yang sana dan sini..

Tetapi aku? hanya tersepit di tengah-tengah. Sedih melihat yang sana sedang menangsi terhimpit rasa bersalah. Sedih juga melihat yang sini , sedang memendam segala kelesuan yang sedang bermain di fasa yang aku sendiri tak mampu untuk menganalisisnya.

Bolehkah seseorang keluar dari fasa ini, berterus terang dengan diri ni, apa yang harus aku buat? aku bisu. pekak. tuli. semua sekali. Tuhan, hantar  aku malaikat yang mampu melepaskan aku dalam kesesakan yang bergelombang dengan megahnya di dada ini..

aku tidak mampu.. maaf!

1 comment:

Bidadari Syurga said...

kalau akak... akak juga mesti resah...