Friday, 14 October 2011

penamaya 29 ~ angin

Bismillahirrahmanirrahim..




memikirkan corak kehidupan
menjadikan diri terhuyung hayang
bersaing dengan angin..
seakan mahu seiring maju dengan laju si angin

tetapi diri sedar
tidak sepantas angin yang mengiringi tubuh ini..
tidak semulus angin
walau tidak nampak..sejuk terasa..

begitulah seharusnya
aku menjadikan kehidupan ku
walau tidak ternampak dek bebola
anak mata yang lain

tetapi aku harus memperkasakan
daginh ditubuh ku ini
harus mendewasakan pemikiran ini
menjadi sehebat cendiakawan di langit..

menjadikan masa lalu
sebagai anak tangga pertama
untuk menjejaki
anak tangga yang terakhir

menjadikan masa mendatang
tekad dan misi sejauh mane
harus aku mempertingkatkan
langkah ku ini

ayuhhhh
jangan lagi kau leka dan layu
jangan lah di kisahkan yang berlalu
yang berlalu sudah menjadi debu
debu yang hanyut
di mamah usia mu

berikan jiwa mu
kepada yang selalu menemani mu
Ya raBb.. pencipta ku..~

No comments: