Monday 17 October 2011

penamaya 33 ~ aku hampir di penghujung

Bismillahirahmanirrahim..



Begitu pantas masa itu berlalu. Tanpa disedari..aku tiba di penghujung 22 tahun ini.. Esok aku akan dilahirkan kembali menjadi yang ke 23, dengan izin-Nya.. Sungguh aku mahu berbuat banyak perkara hari ini, bagi mengisi lopak-lopak 22 ini..

Setelah terlalu singkat merenung di kaca buku catitan elektronik ini, semakin banyak pula perkara yang mahu diisi di sini.. Berkecamuk sehingga semuanya berebut mahu mengisi lopak-lopak 22 itu..

23 tahun yang lalu, mama mungkin sudah ditempatkan di hospital. Ya. Hospital itu, yang masih lagi kukuh di bumi utara semenanjung Malaysia itu.. Penat menahan lelah, tidak tahu bila isi di dalam nya akan mencelikkan mata, bila masa isi dalam nya itu menjadi salah seorang warga dunia ini. Bakal menjadi salah seorang pentas lakonan di astaka Bumi ini..

Sungguh perit kelangsungan ibu itu kan? 9 bulan menahan duri yang tiada kuncupnya dari laluannya, demi isi kandungan yang di galasnya itu...

Sungguh kini aku berjanji. sekalipun tiada madu dalam hidup ku.. aku pasti ku kerahkan juga isi bumi ini, untuk secebis madu buat ibu, buat mama..

Sayang mama!

No comments: