Thursday 17 November 2011

penamaya 39 ~ pengawal hatiku

Bismillahirrahmanirrahim..





"Kau tahu kan, hati ni bisu! Tolong! jangan paksa hati aku menengking kau. Nanti hati kau sendiri yang parah diamuk dengan api lagi jelaga sudah mampu membuatkan kamu basah dengan air mata," bisikan sayu tetapi penuh amarah sekian menodai  jiwa Am..

Sudah lama Am menyimpan kalimah cinta yang terpaut agung disanubarinya hanya untuk Nurani, tetapi akhirnya merembes dengan derasnya, sederas air mata Nurani yang belum mahu berkata apa-apa dengan tingkah Am yang mendiamkan diri sejak pertemuan mereka petang tadi.

"Am, aku tidak tahu apa salah aku, bukan kah patut kau luahkan segalanya sejak dari rasa itu mula berkembang di hati mu, bukannya hari ini. Hari pernikahan aku Am! " luahan Nurani yang ditemani air mata yang makin hebat meluncur laju..

Am menunduk lalu bingkas bangun seolah mahu meninggalkan Nurani dari esakan deras itu. "Bukan aku tidak mahu Nur, tapi aku tahu, aku hanya mampu meraih jambangan cinta mu hanya memadai di luar pintu hati mu, bukan di dalam hati mu. Aku tahu, dia sememangnya berjaya merangkul kemas seluruh pelusuk hati mu. Biarlah cinta itu hanya menunggu di luar pintu hati mu, asal dia tidak berganjak dari kedudukannya. Selamat tinggal Nur," makin laju langkah Am meninggalkan Nurani dengan kata terakhirnya itu..

Sungguh cinta itu tidak bermaksud meragut seluruh hati itu, memadai, hanya diluar pintu, memastikan ia menjadi pengawal yang tegar, agar hati itu selamat dalam jagaan-Nya..

1 comment:

Bidadari Syurga said...

wah dah mcm kispen ni kalau dipanjangkan... besttt...